Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Malaysia Bakal Alami Musim Sejuk?

Bukan musim salji ye!

Hampir setiap hari pada waktu petang, Malaysia akan dilanda hujan lebat dan angin ribut. Ini kerana negara kita sedang mengalami musim hijau yang berlaku setahun sekali dan berlangsung selama sebulan.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Malaysia bakal alami ‘Musim Sejuk’ sehingga bulan Februari tahun hadapan

Baca Juga: Mauna Loa Meletus Pertama Kali Dalam Tempoh 40 Tahun

Fenomena itu berlaku susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang membabitkan perubahan angin sejuk dari tanah besar China dan juga pembentukan awan hujan yang berterusan bermula awal November.

Jadi apabila awan hujan banyak, dari segi pancaran matahari agak terlindung yang menyebabkan suhu akan lebih rendah berbanding tempoh masa yang lain,

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip

Kawasan tanah rata di pedalaman seperti di Kelantan, Pahang dan Perak akan menjadi lebih sejuk berbanding kawasan lain.

Menurut Dr Mohd Hisham pada tahun 2014 iaitu 17 dan 18 Celcius di kawasan pedalaman Kuala Krai, Kelantan. Jadi ada kemungkinan cuaca serendah itu boleh berlaku lagi di kawasan tersebut.

Malah, Pakar Meteorologi Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah juga berkata, perubahan monsun akan memberi kesan kepada suhu dan situasi ini akan turut dipengaruhi oleh geografi atau kedudukan sesebuah kawasan.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts