Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Mauna Loa Meletus Pertama Kali Dalam Tempoh 40 Tahun

Fakta-fakta tentang gunung berapi mauna loa

Buat pertama kali dalam generasi ini, Gunung Berapi terbesar, Mauna Loa meletus lewat Ahad.

Mauna Loa dikatakan meletus setinggi 13,679 kaki (4,169 meter) di atas Lautan Pasifik, sebahagian daripada rangkaian gunung berapi yang membentuk kepulauan Hawaii.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu bila ia akan berhenti, apa akan terjadi dan kerosakan yang akan berlaku disebabkannya.

Apakah yang menyebabkan gunung berapi meletus?

Letusan gunung berapi ialah satu cara untuk melepaskan haba dan tekanan dari bawah kerak bumi. Dalam sesetengah kes, itu berlaku apabila magma naik melalui sempadan antara plat tektonik, seperti di sekitar “Lingkaran Api Pasifik”, kawasan yang terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi yang membatasi Pasifik.

Dalam kes Mauna Loa dan gunung berapi Hawaii yang lain, letusan adalah hasil daripada titik panas yang membuat batu cair naik ke permukaan kerana ia kurang tumpat dan lebih apung daripada batu pepejal.

Kenapa gunung berapi Mauna Loa lain daripada gunung berapi yang lain?

Mauna Loa dikenali sebagai gunung berapi perisai dan dibentuk oleh aliran lava cecair berulang yang cenderung memberikan persekitaran gunung berapi yang landai dan bulat seperti perisai.

Malah disebabkan bentuknya Mauna Loa mendapat namanya yang juga bermaksud “gunung panjang” dalam bahasa Hawaii.

Adakah letusan itu membahaya?

Letusan dari Mauna Loa adalah membahaya, jika gunung itu memuntahkan lava ke bawah cerun barat dimana bahagian gunung belah barat cukup curam sehingga aliran lava boleh sampai ke kawasan berpenduduk dalam masa beberapa jam.

Baca Juga: Fenomena Letusan Lumpur Di Sabah Bukanlah Kali Pertama

Buat ketika ini, lava mengalir keluar dari sebelah timur laut gunung berapi, di mana cerunnya lebih beransur-ansur.

Sumber: BBC, Britannica

Total
0
Shares
Related Posts