Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

11 Tahun Indah Bersama, Noh Salleh & Mizz Nina Akhirnya Bercerai

Noh Salleh & Mizz Nina Memuat naik Kenyataan Itu di Instagram Semalam
Noh Salleh

Selepas beberapa kali berdepan dengan kontroversi, penyanyi vokalis Hujan Noh Salleh mengaku dirinya sudah bercerai dengan Mizz Nina menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya sebentar tadi.

Sumber: @mohammadnohbinsalleh

Menurut Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 37,  keputusan itu dibuat setelah mereka berdua berbincang dan mencapai persetujuan untuk berpisah secara baik.

Saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat. Selepas banyak berfikir dan pertimbangan yang teliti, kami berdua bersetuju untuk berpisah. Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka duka.

Noh Salleh

Meskipun sudah bercerai, Noh memberitahu mereka masih kekal sebagai kawan dan akan
mendoakan kebaikan untuk satu sama lain.

Sumber: @mohammadnohbinsalleh

Noh turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang telah bersama mereka selama ini serta mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian selama tempoh Iddah ini.

Sebelum ini, Nina pernah membuat beberapa perkongsian di laman Instagram seakan memberi bayangan terdapat masalah dalam rumah tangganya. Namun, Noh telah menafikan dakwaan kononnya perkahwinannya bermasalah dan menganggap orang ramai telah tertipu.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, dan Mohammad Noh Salleh, 37, telah berkahwin pada 1 Julai 2011 dan mempunai anak angkat bernama Musa.

Tarikh perceraian tidak diperincikan dalam hantaran tersebut, pasangan itu juga meminta agar orang ramai menghentikan spekulasi serta khabar angin, untuk menghormati privasi mereka.

Total
0
Shares
Related Posts