Tindakan warga emas berusia 79 tahun di Jepun memasukkan tali ‘skipping’ ke dalam zakar menyebabkan dirinya terpaksa menjalani pembedahan.
Menurut laporan Daily Star, lelaki itu dimasukkan ke bilik kecemasan hospital selepas mengadu sakit pada bahagian bawah perutnya.
Hasil ujian mendapati, tali ‘skipping’ nipis yang berukuran sepanjang 2.3 meter itu didapati bersimpul di pundi kencingnya dan tidak mempunyai pemegang malah pakar mengatakan bahawa kes tersebut merupakan kes pertama yang dicatat setakat ini.
Keliru ketika melakukan imbasan X-ray terhadap lelaki tersebut
Anggota paramedik sebelum itu keliru dengan imbasan X-ray kerana mendapati terdapat objek yang bergulung berada di dalam zakar warga emas tersebut.
Selepas ditanya, warga emas itu mengakui bahawa dirinya telah memasukkan tali ‘skipping’ ke dalam pundi kencingnya.
Baca Juga: Mayat Warga Emas Ditemui Dalam Perut Ular Sawa
Difahamkan, pegawai perubatan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan tali itu menerusi saluran sama menyebabkan mereka terpaksa membuat lubang di pundi kencing pesakit tersebut.