Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Perkampungan Di India Terkenal Sebagai ‘Kampung Youtube’

Hebat Betul Kampung Ni..

Tidak dinafikan, membuat konten di media sosial mampu menjana sumber pendapatan yang lumayan. Berjuta-juta orang di serata dunia telah mengambil peluang untuk membuat konten yang kreatif termasuk di sebuah perkampungan kecil di India.

30% Penduduk Kampung Ini Adalah YouTuber

Sumber: Twitter

Kampung Tulsi yang lebih dikenali sebagai ‘Kampung YouTubers’ terletak di Raipur, India. Perkampungan itu menempatkan kira-kira 3000 orang dan menariknya hampir seribu daripada mereka memilih untuk membuat konten di YouTube sebagai kerjaya dan pekerjaan sepenuh masa.

Bermula dari dua orang sahabat

Inspirasi untuk membuat konten YouTube di kampung Tulsi bermula dengan Gyanendra Shukla dan Jai Verma. Gyanendra ialah jurutera rangkaian di SBI dan Jai Verma ialah guru sambilan di pusat bimbingan swasta.

Dua sahabat itu meninggalkan pekerjaan mereka untuk memulakan kerjaya mereka di YouTube. Dengan usaha dan dedikasi dalam membuat konten, mereka telah berjaya peroleh pendapatan dua kali ganda daripada pekerjaan mereka sebelum ini. Kejayaan mereka telah mempengaruhi ramai penduduk kampung untuk mengikuti jejak langkah Gyanendra dan Jai.

Content Creator paling tua di kampung ini adalah seorang nenek berusia 85 tahun!

Memetik laporan South China Morning Post, kira-kira 40 saluran dari kampung itu di platform seperti YouTube, TikTok atau Instagram. Saluran-saluran yang dicipta oleh beberapa penduduk kampung berbeza genrenya. Ada yang memilih untuk membuat konten hiburan, muzik, pelajaran dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu, saluran YouTube paling popular milik penduduk kampung ini kini mencecah lebih 100,000 subscribers. 

Total
0
Shares
Related Posts