Biarpun berlainan agama dan bangsa, kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa berganding bahu dan mempunyai sifat bertoleransi untuk hidup dalam keadaan lebih majmuk dan harmoni.
Namun, tidak dinafikan sifat bertanggungjawab serta kemanusiaan sememangnya tinggi di kalangan rakyat Malaysia.
Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam
Semalam, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM berkongsi satu hantaran tentang seorang anggota polis trafik terlibat dalam sebuah kemalangan dibantu oleh beberapa orang awam di sekitar kemalangan tersebut.
Kemalangan itu berlaku pada 24 September lalu ketika Kpl Ahmad bin Mat Said sedang bertugas di BSPT Johor Bahru Selatan berdekatan Tambak Johor.
Terharu apabila pengguna kenderaan yang berada berhampiran dengan semangat Keluarga Malaysia, Kpl Ahmad telah dibantu oleh mereka ini termasuk wanita seperti di dalam gambar ini.
Syukur Allhamdulillah, kerana keadaan Kpl Ahmad berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka di bahagian lutut kaki.
Ramai puji kerana sanggup bantu anggota polis
Menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, kami mendapati pelbagai komen positif diberikan susulan kejadian itu.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin dan bertanggungjawab!
Sumber: Facebook