Filem biopik akan selalu memenangi hati penontonnya. Cerita yang berasal dari kisah benar, mampu memberikan inspirasi kepada sesiapa yang menontonnya.
Berikut adalah 5 filem biopik yang korang wajib tonton!
The Revenant
Filem survival ini berdasarkan novel Michael Punke dengan judul yang sama tentang upaya hidup seorang lelaki selepas diserang oleh beruang dan dibiarkan mati oleh teman-temannya sendiri.
Kisah ini merupakan pengalaman lelaki bernama Hugh Glass tentang pengembaraanya di sekitar Sungai Missouri pada tahun 1823. Selain filem dan novel, kisah Hugh Glass lebih dulu diabadikan dalam sebuah puisi pada tahun 1915 dengan judul The Song of Hugh Glass.
Filem ini juga telah membuat Leonardo Di Caprio akhirnya meraih penghargaan sebagai Aktor Utama Terbaik Anugerah Oscar untuk pertama kalinya
Selain Aktor Terbaik, filem ini juga memenangi anugerah cinematography dan pengarah filem terbaik di Oscar.
Spotlight
Film ini merupakan salah satu biopik terbaik yang pernah dicipta. Perkara ini dibuktikan dengan penghargaan Film Terbaik dan Scenario Terbaik di Anugerah Oscar pada 2016. Filem ini dibintangi oleh artis terkenal Mark Ruffalo, Michael Keaton, dan Rachel McAdams.
Berkisah mengenai sebuah pasukan bernama Spotlight, dari majalah The Boston Globe, yang melakukan penyiasatan mengenai jenayah seksual kanak-kanak yang dilakukan oleh para Pastor Katolik di kota Boston. Saat terungkap, jenayah tersebut telah menggemparkan penduduk Amerika Syarikat dan dunia.
Tidak hanya memenangi anugerah di Oscar, malah The Boston Globe pun dianugerahi Pulitzer untuk kategori Public Service pada tahun 2003.
Green Book
Dibintangi oleh Viggo Mortensen dan Mahershala Ali, filem ini mengisahkan kehidupan pemain piano berketurunan Afrika-Amerika Don Shirley dan pembantunya berdarah Italia-Amerika, Frank Vallelonga ketika mereka mengadakan persembahan di Deep South pada tahun 1962. Saat itu isu rasism sangat teruk dalam kelas kehidupan masyarakat Amerika Syarikat.
Untuk makluman anda, pada tahun 1962. Mereka yang berketurunan Afrika-Amerika disarankan untuk menggunakan sebuah buku bernama ‘Green Book’. Buku tersebut akan menunjuk tempat-tempat aman untuk mereka kunjungi. Film ini berjaya meraih tiga anugerah Oscar pada tahun 2019.
Ford vs Ferrari
Filem ini menceritakan tentang seorang automotif, Carroll Shelby (Matt Damon) dan seorang pelumba Ken Miles (Christian Bale) bekerjasama dalam membuat kereta lumba untuk Ford, untuk menjadi saingan Ferrari dalam pelumbaan 24 Hours of Le Mans.
Diinspirasikan dari pelumbaan sebenar yang berlaku pada tahun 1966. Ketika Ferrari merupakan kereta yang terhebat dan sering menguasai litar lumba. Filem ini menggambarkan bagaimana impian dan mimpi yang dikatakan mustahil dapat direalisisasikan dengan berusaha bersungguh-sungguh.
Film ini juga meraih dua Anugerah Oscar sebagai Film Editing dan Sound Mixing Terbaik.
Hacksaw Ridge
Hacksaw Ridge dianggap sebagai salah satu film perang terbaik yang di ambil daripada kisah benar. Dilakonkan oleh Mel Gibson dan dibintangi oleh Andrew Garfield, film ini berdasarkan filem dokumentari pada tahun 2004 iaitu The Conscientious Objector. Mengisahkan Tentera Medik Amerika bernama Desmond T. Doss, yang bertugas dalam Pertempuran Okinawa.
Dalam pertempuran itu, Desmond menolak untuk membunuh orang, dan menjadi orang pertama dalam sejarah Amerika yang menerima Medal of Honor tanpa menggunakan kekerasan.