Isu susah cari kerja bukan isu baru. Dapat kerja, gaji pula tidak setimpal. Inilah perkara yang dihadapi golong belia pada masa kini, agak sukar untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang berpatutan.
Perkara ini juga tidak mengejutkan, memandangkan pasaran pekerjaan yang semakin kompetitif dan tepu telah berkembang selama ini. Walau bagaimana ramai diantara golongan belia berusaha untuk mendapat kerja tidak kira dalam negara atau luar negara. Namun usaha inilah menjadi buruan sindiket skim penipuan pekerjaan untuk menjerat mereka membuat perkara jahat untuk mereka.
Lelaki berusia 23 tahun telah meninggal dunia akibat penipuan pekerjaan.
Menurut laporan, BERNAMA, Goi Chee Kong yang berusia 50 tahun dan isterinya yang berusia 45 tahun terkejut dan kecewa apabila mengetahui bahawa anak mereka yang berusia 23 tahun, Zhan Feng, telah meninggal dunia pada 11 Mei 2022. di Hospital Mae Sot yang terletak di sepanjang sempadan Thailand-Myanmar.
Berita buruk itu diketahui pasangan itu apabila pasangan itu pergi ke bangkok pada 30 Ogos 2022 untuk bertemu anak lelaki mereka di Mae Sot.
Kami diberitahu anak saya sakit dan sedang menerima rawatan di hospital. Oleh itu, saya dan isteri pergi ke Bangkok, dengan harapan dapat membawanya pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Baca juga: Awas! Taktik Baharu Penipuan Atas Talian Melalui Fail .APK
Bagaimanapun, kami dimaklumkan dia meninggal dunia pada 2 pagi pada 11 Mei. Doktor percaya anak saya didera sebelum ditinggalkan di hospital untuk rawatan pada 11 April
Dikhabarkan, pakar perubatan tidak dapat menghubungi Kedutaan Malaysia atau keluarganya tepat pada masanya untuk membincangkan rawatan perubatannya kerana Feng dimasukkan ke unit rawatan rapi menggunakan nama palsu dan nombor pasport. Tanpa campur tangan perubatan yang sewajarnya, lelaki muda itu akan meninggal dunia sebulan kemudian dengan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi.
Dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan ketika bercuti di Bangkok
Zhan Feng pelajar tahun akhir Insititut Pendidikan Guru itu berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lalu. Namun ia dipercayai telah menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan dipaksa untuk bekerja untuk kumpulan sindiket itu.
Selain itu, keluarganya tidak menerima apa-apa khabar daripada anaknya sehingga 31 Mac 2022, Malah apabila Zhang menghubungi mereka, Zhang memaklumkan bahawa dia kini berada di Mae Sot, dan memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan.
Semasa perbualan, kami perasan sesuatu yang pelik. Kami percaya dia dipantau dan diancam.
Pasangan itu juga berkata anaknya memohon maaf kerana tidak dapat pulang ke rumah. Dia berjanji akan pulang ke tanah air setahun kemudian. Namun tiada khabar berita sejak dari itu
Pasangan itu berharap pemergian anaknya akan menjadi peringatan terhadap pencari kerja yang tertarik dengan janji tawaran pekerjaan yang lumayan.