Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Rempuh Kedai Serbaneka Sebab Tak Dapat Plastik?

Seorang lelaki merempuh sebuah kedai serbaneka di Geoje, Korea Selatan menggunakan kereta selepas permintaannya untuk membeli beg plastik beberapa bulan sebelum itu ditolak oleh pemilik kedai.

Perkara itu berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 10.30 malam waktu tempatan. Difahamkan lelaki berkenaan turut bertindak menyerang pemilik kedai serbaneka tersebut.

Walau bagaimanapun, pemandu telah ditahan polis di tempat kejadian dan didakwa atas tuduhan memusnahkan harta persendirian dan melakukan jenayah balas dendam.

Berang sebab tidak diberi plastik ketika beli aiskrim

Pada November 2022, lelaki tersebut telah meminta beg plastik ketika membeli aiskrim, tetapi pemilik kedai itu menolak permintaannya berikutan larangan penggunaan beg plastik seperti yang diarahkan oleh Kementerian Alam Sekitar.

Namun, lelaki itu berang kerana permintaan ditolak dan meludahi pemilik kedai berkenaan.

Baca Juga: Kejam! Wanita Simpan Mayat ‘Ibu’ Sebab Nak Guna Duit Pencen

Susulan itu, keluarga kepada pemilik kedai kemudiannya memfailkan aduan kepada polis dan menolak permintaan lelaki terbabit untuk menyelesaikan perkara tersebut secara tertutup.

Untuk makluman, larangan penggunaan beg plastik di Korea Selatan telah berkuat kuasa sejak 24 November di semua kedai untuk menangani penggunaan plastik yang semakin meningkat.

Sumber: Korea Herald

Total
0
Shares
Related Posts