Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pengasas Kosmetik Berjaya Diselamatkan Oleh PDRM Di Thailand

Alhamdulilah, Syabas PDRM

Pengasas kosmetik berusia 36 tahun yang diculik dari rumahnya di Tumpat, Kelantan dan dibawa ke Thailand telah berjaya diselamatkan polis dan telah dibawa pulang ke negara semalam.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Rosnazirah Mohd Naim berjaya dikesan dan diselamatkan daripada penculiknya di negara jiran dengan bantuan pihak berkuasanya.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dengan bantuan pihak berkuasa Thailand dan dibawa pulang ke Malaysia hari ini (semalam).

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

Susulan kes itu, tujuh lelaki tempatan turut ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur berhubung penculikan itu. Acryl berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961.

Pada 13 Sept lalu, Rosnazirah telah diculik

Tiga lelaki bersenjatakan pistol dan pisau menculik Rosnazirah di rumahnya di Kampung Semat Jal di Tumpat, Kelantan. Malah, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian itu turut tular di media sosial.

Berikutan penculikannya, polis Kelantan mengesyaki penculikan Rosnazirah ada kaitan dengan sindiket dadah. Polis kemudian menahan suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan bersama dua individu termasuk seorang wanita, bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek yang menculiknya dan semakan mendapati suami mangsa mempunyai dua rekod kesalahan lampau manakala seorang lagi suspek lelaki, mempunyai tujuh rekod lampau.

Sumber: Harian Metro, Facebook PDRM

Total
0
Shares
Related Posts