Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Lagu Coldplay Dikaitkan Dengan Revolusi Perancis?

Baru- baru ini, Coldplay telah mengadakan persembahan mereka di Stadium Bukit Jalil pada 22 November 2023. Persembahan itu telah menerima kecaman kerana tidak menghormati rakyat Palestin yang sedang diserang oleh rejim Zionis

Malah, ada juga rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa lirik lagu Coldplay iaitu ‘Viva la Vida’ berkait dengan Freemason.

Dakwaan mereka bawah bait lirik yang mengatakan ‘I hear Jerusalem bells a-ringin’ , ini berkait rapat dengan perang salib dan menghina tentera Islam di Palestin.

Tapi apa maksud sebenar lagu yang ditulis vokalis Coldplay Chris Martin?

Viva la Vida sebenarnya menceritakan kisah revolusi di Perancis

“Viva La Vida” adalah dari bahasa spanish yang bermaksud ‘panjang umur’. Ayat pertama lagu iaitu “I used to rule the world Seas would rise when I gave the word Now in the morning, I sleep alone” menceritakan kisah bagaimana Raja Louis XVI pernah memerintah negara Perancis sehingga negara itu kelihatan hebat di mata dunia. Namun, kini bersendirian dan dipenjarakan.

Ayat “Now the old king is dead, long live the king” merangkumi permulaan pemerintahannya. Selepas kematian datuknya, Louis XVI menggantikan takhta dan telah pun diraikan sebagai raja baharu yang akan membawa perubahan.

Namun ketika pemerintahannya, Perancis dilanda kemarau, wabak penyakit, dan kekurang makanan telah menyebabkan golongan miskin bangkit melawan kerajaannya untuk pemerintahan baru dan menghukum King Louis XVI.

Revolutionaries wait for my head on a silver plate. Just a puppet on a lonely string. Oh who would ever want to be king?

Coldplay menggambarkan bahawa Louis menyedari bahawa revolusi telah berlaku dan tiada apa yang dapat membantunya untuk menghalang revolusi. Walaupun Louis menerima takhta, Namun dia melihat kuasanya sebagai beban. Beliau kemudian akui kuasa yang difikirkan tidak sama ketika dia memegangnya.

Walaupun Raja Louis disifatkan sebagai musuh dalam revolusi perancis. Namun, lagu itu memainkan sudut Raja Louis yang tidak berdaya ketika revolusi memusnahkan kerajaannya.

Apa pendapat korang? Agak betul ke lagu ini ditulis untuk King Louis XVI atau ada konspirasi lain?

Sumber: Britannica, Music Gretto

Total
0
Shares
Related Posts