Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Filem P.Ramlee Yang Tidak Keluar Dipanggung & Kaca TV

Tahu tak Allahyarham P. Ramlee mempunyai beberapa filem yang tidak dikeluarkan di Kaca-TV?

Ayuh kita lihat 5 filem P.Ramlee yang ramai tak tahu

Bakti Arahan L. Krishnan

Filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero. P. Ramlee berlakon sebagai Nasir, dan nama ini juga diberikan kepada anak sulungnya yang dilahirkan pada tahun 1953. Heroin filem ini adalah Kasma Booty.

𝗚𝗘𝗟𝗢𝗥𝗔 (1970) arahan P. Ramlee 

Dilakonkan oleh Sarimah, Arman Yadi, Isma Rubee dan P. Ramlee. Filem ini agak kontroversi kerana memaparkan babak-babak intim yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

𝗦𝗔𝗕𝗔𝗥𝗨𝗗𝗜𝗡 𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗦𝗨𝗧 (1966) arahan P. Ramlee 

Filem ini berkonsepkan kisah ‘1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yg lebih baik di muka bumi ini.

𝗠𝗘𝗟𝗔𝗡𝗖𝗛𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗔-𝗧𝗢𝗞𝗬𝗢 (1964) arahan Ramon A. Estella 

Filem Melayu pertama yang dibuat penggambaran di Tokyo, Jepun. Sebagai tarikan, filem ini telah dibuat dalam bentuk tatawarna (Eastmancolor).

P. Ramlee dijemput sebagai pelakon undangan dalam filem ini bersama-sama isterinya, Saloma.

𝗦𝗜𝗧𝗢𝗥𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜𝗠𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 (1964) arahan P. Ramlee 

Filem arahan pertama P. Ramlee di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Singapura. Filem ini bercorak seram/horror yang terinspirasi daripada filem Werewolf of London (1935).

Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara. P. Ramlee berkata: “Studio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis dingapnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus.”

Kenapa filem P Ramlee tidak dikeluarkan di kaca TV?

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan filem-filem ini tidak dapat ditayangkan di televisyen. Antara sebabnya ialah salinan filem hilang seperti filem Bakti, Melanchong Ka-Tokyo dan Sitora Harimau Jadian.

Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

Sitora Harimau Jadian dipercayai mempunyai unsur tahyul yang keterlaluan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak.

Salinan filem Sabarudin Tukang Kasut pula berada dalam kualiti yang agak rendah. Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis “Keadaan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

Filem Gelora mengandungi unsur seks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah ia tidak keluar di kaca TV

Total
0
Shares
Related Posts