Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kontinjen Malaysia Menyerlah Di ASEAN Cyber Shield Hacking Contest 2024

Pada Selasa lalu, Malaysia telah menghantar beberapa pasukan untuk bertanding dalam pertandingan ASEAN Cyber Shield Hacking Contest yang berlangsung mulai 19 November hingga 22 November

Pertandingan itu menyaksikan penyertaan sebanyak 37 pasukan dari 10 negara ASEAN untuk menguji kemahiran mereka dalam bidang keselamatan siber dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak AS$77,000.

Malaysia diwakili oleh empat pasukan terdiri daripada:

KATEGORI PELAJAR

Team Copi Kincau

  • Muhammad Firdaus Amran
  • Zhi Ren Liew
  • Noor Raihan
  • Wang Teng Zheng

Team Teh Tarik Cendol

  • Yeo Jia Qi
  • Mohamad Irfan Haziq
  • Jeremy Phang Kah Chun
  • Aniq Rahim

KATEGORI TERBUKA

Team Kopi David

  • Wei Xun Lim
  • Wesley Wong Kee Han
  • Kel Zin Tan
  • Weiu Cheng Tan

Team Sector Z

  • Naavin Ravinthran
  • Wan Muhammad Khairuddin
  • Ali Radzali
  • Chua Jian Shen

Empat pasukan ini dipilih oleh Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara (NACSA, MKN) bersama rakan strategiknya Rehack.

Kontinjen Malaysia berjaya mendapat tangga ke-6 dan teratas

Kesemua pasukan dari Malaysia telah berjaya mendapat tangga 6 teratas dalam kategori masing-masing dan seterusnya layak ke pusingan akhir.

Pasukan “Copi Kincau” telah menonjolkan prestasi yang cemerlang dengan merangkul tempat ketiga dalam kategori Pelajar dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$5,000. Manakala pasukan “Teh Tarik Cendol” juga telah menjadi pasukan pertama menyelesaikan cabaran CTF dan berjaya meraih tempat ke-6.

Bagi kategori terbuka pasukan Kopi David memenangi tempat ke-4 dan pasukan Team Sector Z meraih tempat ke-6 dalam pertandingan tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ASEAN Cyber Shield Hacking Contest adalah satu projek kolaborasi antara Agensi Internet & Keselamatan Korea dan Pertubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)

Pertandingan ACS bertujuan untuk menjadi platform kepada peserta negara-negara ASEAN untuk menangani ancaman siber dan melahirkan bakat baru dalam cybersecurity.

Jika anda minat akan program-program dan ilmu berkaitan keselamatan siber anda boleh ikuti akaun rasmi rehackxyz di X atau Linkedin

Total
0
Shares
Related Posts