Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Ini Punca Kenapa KL & Selangor Alami Cuaca Panas

Sejak dua menjak ini, cuaca di sekitar Lembah Klang terasa bahang dan hangat walaupun berada di kawasan yang teduh.

Padahal sebelum ini kawasan Kuala Lumpur dan Selangor menerima taburan hujan hampir setiap hari sehingga menyebabkan banjir.

Jadi apa yang berlaku kenapa tiba-tiba kawasan ini mengalami cuaca yang panas?

Ribut Di Filipina Jadi Faktor Sesetengah Kawasan Di Malaysia Alami Cuaca Panas

Buat masa ini, Filipina kini dilanda Ribut Tropika Trami (Kristine) yang sedang bergerak kuat ke arah barat.

Kewujudan ribut ini secara tidak langsung menyebabkan Malaysia mengalami dua cuaca berbeza di lokasi berlainan iaitu cuaca yang agak kering di Semenanjung manakala negeri Sabah pula akan menerima hujan yang lebih kerap.

Macam mana ribut yang berlaku di Filipina mengakibatkan Malaysia turut terkena tempiasnya?

Semasa ribut melanda Filipina, kelembapan di kawasan Semenanjung Malaysia ‘ditarik’ ke arah ribut untuk menjadikan ribut tersebut semakin kuat.

Jadi disebabkan kelembapan yang ditarik itulah beberapa tempat di Malaysia mempunyai jumlah awan yang berkurangan dan mengalami suhu kering serta panas.

Walau bagaimanapun, hujan masih boleh berlaku terutamanya di sekitar Pantai Timur.

Namun, Sabah pula mengalami cuaca yang agak berbeza berbanding di Semenanjung kerana negeri tersebut adalah yang paling dekat dengan ribut berkenaan serta berada pada laluan kelempaban.

Disebabkan itu, Sabah pula menerima angin kuat, hujan berterusan dan laut bergelora oleh kerana jumlah awan yang lebih banyak.

Suhu Panas Di Malaysia Cecah 37 Darjah Celcius Selama Tiga Hari Berturut-turut

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah memaklumkan bahawa tiga buah negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah mencatatkan suhu yang agak tinggi.

Bacaan suhu itu adalah sekitar 35 hingga 37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut.

Dalam laporan yang dikeluarkan kira-kira jam 4 petang semalam (23 Oktober), lokasi yang terlibat adalah:

  • Larut, Perak
  • Matang, Perak
  • Gombak,Selangor
  • Petaling, Selangor
  • Putrajaya, Wilayah Persekutuan
  • Maran, Pahang

Berdasarkan peta berkenaan, lokasi yang terjejas itu ditandakan dengan warna kuning sebagai penunjuk bahawa cuaca di tempat berkenaan kini berada pada cuaca panas Tahap 1. Kategori itu menandakan bahawa suhu maksimum 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya telah berlaku selama tiga hari secara berterusan.

Total
0
Shares
Related Posts