Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kerajaan Malaysia Umum Perang Terhadap Gula, Tapi Kenapa?

Kerajaan Malaysia mengumumkan perang terhadap gula (war on sugar) dengan menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar yang dikenakan adalah 40 sen seliter sebagai usaha selepas Malaysia menjadi antara negara paling obesiti di rantau Asia Tenggara dan gula adalah salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit.

“Tambahan hasil yang diraih melalui duti eksais itu akan dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam antaranya penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi kegunaan rawatan diabetes.

Tahukah anda kira-kira 15.6% daripada populasi dewasa negara (3.6 juta orang dewasa) di negara ini menghidap diabetes?

Dalam satu laporan Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2023, lebih separuh daripada populasi dewasa di Malaysia sama ada berat badan berlebihan atau obes. Kira-kira 15.6% daripada populasi dewasa negara (3.6 juta orang dewasa) di negara ini menghidap diabetes.

Sementara, diabetes mencatatkan kehilangan produktiviti tertinggi sebanyak RM5.74 billion, dan kardiovaskular sebanyak RM5.32 billion.

Oleh itu, cukai yang ditetapkan berharap dapat menghalang orang ramai Malaysia daripada mengambil lebih banyak gula untuk menangani diabetes dan penyakit tidak berjangkit lain.

Cukai SSB juga membawa kepada perubahan di seluruh negara

Sekurang-kurangnya 54 negara telah melaksanakan cukai ke atas minuman bergula. Kajian di negara seperti United Kingdom, Afrika Selatan dan Mexico telah mendapati bahawa cukai SSB berjaya mengurangkan penggunaan gula dan kadar obesiti.

Cukai SSB juga membawa kepada perubahan di seluruh negara seperti syarikat merumuskan semula produk mereka dengan kurang kandungan gula dan menjimatkan kos penjagaan kesihatan negara.

Total
0
Shares
Related Posts