Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Konflik Palestin-Israel: Anjing Liar Masuk, makan mayat

Peperangan tidak berperikemanusiaan di Palestin sekali lagi mencuri tumpuan dunia apabila anjing-anjing liar dilaporkan mula memakan mayat-mayat.

Menurut Ketua Perkhidmatan Kecemasan Fares Afana, dia dan rakan-rakannya telah menerima mayat rakyat Palestin yang terbunuh di utara Gaza, dengan beberapa mayat menunjukkan tanda-tanda dimakan oleh anjing liar.

“Anjing liar yang kelaparan sedang memakan mayat-mayat ini di jalanan, ia menyukarkan kami untuk mengenal pasti mayat,” katanya lagi.

Fares turut berkongsi foto kepada CNN yang menunjukkan mayat seorang budak lelaki yang dikatakan telah dimakan oleh anjing liar.

Menurutnya lagi, terdapat ribuan kanak-kanak dan wanita hamil yang terperangkap di kawasan terkepung itu sejak ia dibedil rejim Zionis.

Tentera Israel tembak penduduk kelaparan yang sedang mencari makanan

Berkongsi lanjut, Fares berkata bahawa pada Isnin lalu, tentera Israel telah menembak penduduk kelaparan yang mencari makanan di gudang bantuan yang diuruskan oleh UNRWA.

UNRWA berkata bahawa serangan artileri di pusat pengagihan makanan mereka di Jabalya pada hari Isnin telah membunuh sekurang-kurangnya 10 orang, manakala 40 yang lain cedera.

“Bagi paramedik, sangat berbahaya untuk pergi ke kawasan ini, akibat jalan-jalan yang musnah kerana letupan dan tembakan terus dari tentera Israel ke arah kenderaan kami,” kata Afana.

PBB telah menuduh tentera Israel memaksa penduduk utara Gaza memilih antara kelaparan atau penempatan semula.

“Orang awam tidak mempunyai pilihan selain sama ada kelaparan atau meninggalkan kawasan tersebut,” kata Philippe Lazzarini, ketua agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA), dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Memetik laporan Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusian PBB pula, sekurang-kurangnya 50,000 orang telah kehilangan tempat tinggal di Jabalya.

Manakala sekitar 400,000 orang yang masih berada di Gaza Utara sedang dihimpit masalah kelaparan yang dasyat.

Total
0
Shares
Related Posts