Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Pengikut Ronaldo Di Media Sosial Cecah Satu Bilion

Pengikut Cristiano Ronaldo di semua platform media sosial mencecah satu bilion dan bintang bola sepak Portugal itu meraikannya dengan mesej khas di laman X.

Ronaldo mempunyai 11 juta pengikut di X dan lebih 600 juta di Instagram. Dia juga baru sahaja melancarkan salurannya di YouTube yang berjaya meraih 60 juta pengikut.

Pemain Al-Nassr itu juga mengumpul 170 juta pengikut di Facebook dan sangat popular di platform media sosial di China.

Ronaldo berterima kasih kepada peminatnya di seluruh dunia dan mengimbau perjalanan budak lelaki dari Madeira sehingga menjadi salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Dalam hantarannya di X, Ronaldo menulis: “Kami melakar sejarah – 1 bilion pengikut! ini lebih daripada sekadar angka – ia bukti kami berkongsi minat, kesungguhan, dan cinta terhadap sukan ini.

“Dari jalanan di Madeira hingga ke pentas terbesar di dunia, saya sentiasa bermain untuk keluarga dan anda, dan sekarang 1 bilion daripada kita berdiri bersama. Anda bersama saya di setiap langkah, susah dan senang.

Antara pencapaian terkini pemenang lima kali Ballon d’Or itu ialah meledak gol ke-900 dalam kariernya ketika mewakili Portugal di Liga Negara-Negara UEFA.

Total
0
Shares
Related Posts