Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Sukan Olimpik Bermula Sebagai Perayaan Orang Yunani?

Temasya Sukan Olimpik merupakan temasya sukan yang teragung dan paling berprestij di dunia selain daripada Kejohanan Bolasepak Piala Dunia. Diadakan empat tahun sekali,

Sukan ini menampilkan atlet-atlet berstatus bintang dari seluruh dunia bersaing merebut pingat emas yang ditawarkan selain mencipta rekod temasya dan dunia.

Tapi tahukah anda bahawa sukan ini pada asalnya adalah sebahagian daripada perayaan Yunani Purba?

Ya, sukan olimpik pada awalnya adalah satu perayaan untuk meraikan Zeus. Keseluruhan pertandingan berlangsung selama enam bulan antara sukan yang dipermainkan ketika itu adalah gusti, tinju, lompat jauh, lembing, cakera dan perlumbaan kereta kuda.

Walau bagaimanapun, perayaan yang berbentuk sukan itu berakhir pada tahun 393 AD. Apabila Maharaja Theodosius I, mengharamkan Sukan Olimpik diraikan kerana terdapat unsur keagamaan dan bertentang dengan agamanya.

Sukan Olimpik tersebut diraikan kembali selepas 1,500 tahun

Jadi, itu adalah penghujung Sukan Olimpik sehingga 1896, apabila seorang lelaki bernama Baron Pierre de Coubertin mengembalikan temasya sukan itu. Dia menggelar acara baharu ini sebagai ‘Olimpik moden’.

Objektif utama Baron adalah untuk membina dunia yang aman tanpa perang melalui sukan. Sukan Olimpik pertama era moden telah diadakan pada tahun 1896 di Athens dan terus diadakan sehingga kini.

Malaysia mula menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1964

Pada mulanya, pasukan negara ini bertanding sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya (MAL) pada 1956 dan 1960, Borneo Utara menghantar pasukan sendiri pada 1956, sementara Singapura turut bertanding di Olimpik dari tahun 1948 hingga 1960.

Setelah ketiga-tiga negara jajahan British ini membentuk gagasan Malaysia yang merdeka pada tahun 1963, pasukan negara bertanding dengan nama itu buat julung kalinya di Sukan Olimpik Musim Panas 1964 di Tokyo, Jepun.

Sumber: Olympics.com.my

Semenjak itu Malaysia menghantar atlet negara ke setiap temasya Sukan Olimpik, kecuali pada tahun 1980 apabila negara menyertai pemboikotan Sukan Olimpik Musim Panas 1980 di Moscow, Russia.

Sumber: Olympics.com

Total
0
Shares
Related Posts