Hampir semua rakyat Malaysia pernah menggunakan ubat batuk ‘Cap Ibu dan Anak’ atau dikenali sebagai Nin Jiom Pei Pa Koa untuk melegakan tekak ketika musim batuk dan selesema.
Menariknya ubat ini adalah ia tidak terasa seperti ubat dan mudah untuk ditelan oleh kanak-kanak.
Namun, tahukah anda tentang asal usul di sebalik penghasilan ubat tradisional ini?
Kisah ini berlaku lebih daripada 400 tahun yang lalu
Sejarah ubat batuk itu bermula ketika zaman Dinasti Qing, apabila ibu kepada komander bernama Yang Xiaolian jatuh sakit dan menderita akibat batuk kronik.
Dan sejak itu anaknya fokuskan hidupnya untuk mencari penawar untuk ibunya.
Kesemua yang dicuba oleh komander itu gagal, sehinggalah dia bertemu dengan seorang doktor Cina yang memberikannya formula rahsia.
Bertahun kemudian, sebelum ibu komander itu meninggal dunia, dia membuat satu permintaan kepada anaknya.
Permintaan tersebut iaitu untuk menghasilkan semula penawar yang mampu menyelamatkan nyawa orang ramai.
Pemuda tersebut menuruti permintaan ibunya dan menamakan produk tersebut sebagai
Nin Jiom yang bermaksud Dalam Ingatan Ke Atas Ibu
Dan begitulah kisah bagaimana terhasilnya Ubat Batuk Cap Ibu Dan Anak.