Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

National Training Week Malaysia: Rebut Peluang Dapatkan Sijil Secara Percuma

Setiap yang berkerja mesti pernah terfikir untuk meningkatkan skill yang sedia ada atau ingin mempelajari kemahiran baharu.

Tapi untuk mempelajari kemahiran baharu memerlukan masa yang banyak dan sijil yang perlu diambil pula mahal dan boleh mencecah ribu mengikut bidang.

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak lagi menjadi halangan apabila kerajaan melancarkan “National Training Week”.

National Training Week atau Minggu Latihan Kebangsaan adalah minggu dimana rakyat Malaysia berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang secara percuma.

NTW menawarkan pelbagai jenis latihan, termasuk kemahiran teknikal dan juga kemahiran soft skills seperti kepimpinan, pengurusan masa, dan kemahiran komunikasi. Terdapat juga kursus latihan yang tertumpu kepada bidang-bidang tertentu seperti teknologi maklumat, keusahawanan, kewangan.

Anda juga boleh memilih jenis kursus yang ingin disertai daripada enam kategori iaitu belia dan pelajar universiti, kanak-kanak prasekolah, remaja, graduan, profesional dan warga emas.

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin meningkatkan kemahiran mereka. Para peserta akan diberikan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan kepada pengetahuan dan kemahiran baru.

Jika anda berminat untuk meningkatkan atau belajar kemahiran baharu, sila layari https://www.nationaltrainingweek.gov.my/

Total
0
Shares
Related Posts