Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kenapa Malaysia Digelar Sebagai “Aurea Chersoneus” Oleh Claudius Ptolemy?

Apabila bertanya tentang nama lama bagi negara Malaysia, pasti majoriti daripada kita akan menjawab Malaya dan Tanah Melayu sahaja.

Tapi tahukah anda, beribu-ribu tahun dulu, negara kita pernah digelar atau dipanggil dengan gelaran “Golden Chersonese” atau “Semenanjung Emas”?

Nama itu diberi oleh geografi Greek yang bernama Claudius Ptolemy

Golden Chersonese adalah nama purba yang merujuk kepada Semenanjung Malaysia. Nama tersebut diberikan oleh Ptolemy kerana kekayaan hasil emas pada zaman itu iaitu 150 SM.

Dimanakah lokasi yang dikatakan “Malaysia” oleh Ptolemy

Peta Ptolemy menunjukkan tiga sungai yang menjadi garisan transpeninsular purba yang menghubungkan antara pantai timur serta barat Semenanjung Malaysia pada ketika itu.

Antaranya nama-nama yang dikatakan adalah negeri di Malaysia adalah;

  • Konkonagara – Perak, Kedah dan Krabi
  • Sabara atau Sabana – Selangor, Johor, Melaka dan Singapura
  • Kalonka – Sungai Pahang.
  • Kole polis – Kelantan, Kemaman atau Kuantan
  • Perimula – Kelantan Sungai Terengganu, dan Pulau Redang.

Lokasi-lokasi yang berada di peta ini dianggap sebagai tempat-tempat yang mempunyai sumber mineral iaitu emas.

Semenanjung Malaysia antara pengeluar emas utama dunia.

Aktiviti perlombongan emas di negara kita dipercayai telah bermula sejak lebih 2000 tahun yang lalu dan kita juga memiliki beberapa jajaran emas yang dikenali sebagai “Malaysia Gold Belt”.

Perkara ini juga telah ditulis oleh penulis perihal Melayu-Portugis Godinho de Erédia dalam sebuah penulisannya pada abad ke-17. Beliau telah menyentuh mengenai lombong emas di Patani dan Pahang yang sangat aktif ketika itu.

Walau bagaimanapun emas bukan lagi hasil utama di negara kita. Namun, kita masih lagi mempunyai beberapa lombong emas di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sumber: Jstor

Total
0
Shares
Related Posts