Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

SMS Mengandungi URL Akan Disekat Bermula 2 Julai

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa penghantaran SMS yang mengandungi URL akan disekat mulai 2 Julai.

Beliau memaklumkan berita tersebut menerusi sebuah hantaran di Facebook.

Sumber: Facebook

“Saya dan KKD menjadikan keselamatan siber sebagai teras utama. Salah satu caranya adalah dengan mencegah penipuan atas talian berlaku.”

Langkah itu dilakukan untuk mengelak pengguna daripada menerima dan menekan pautan yang dihantar menerusi SMS yang berpotensi menjadi salah satu cara sindiket penipuan atas talian.

Untuk makluman, 800,000 cubaan serangan siber dicatatkan dari 2017 hingga 2021 berdasarkan statistik Cyber Security Malaysia (CSM).

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts