Seperti umum tahu, biji kelapa sawit lebih dikenali sebagai buah yang menghasilkan produk seperti minyak, margerin, shampoo dan lain-lain.
Namun, biji kelapa sawit bukan sekadar buah yang menghasilkan produk tetapi ia juga adalah makanan yang menggamit kenangan untuk mereka yang lahir di luar bandar.
Masak biji kelapa sawit dengan campuran air masak dan gula.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @zamianrapsodyofficial di laman sosial TikToknya, dia menunjukkan resepi masakan gula-gula biji sawit.
Baca juga: Wanita Jepun Ditipu RM141,553 Oleh Kekasih Angkasawan?
Malah, cara untuk menghasilkan gula itu mudah dan ringkas kerana bahan-bahan yang digunakan mudah diperolehi.
Ini makanan saya 38 tahun dulu.. anak felda
Menjengah diruangan komen rata-rata netizen mengatakan bahawa rasa masakkan itu sangat lembut dan berlemak. Malah, ada diantara netizen berkongsi resepi masakan dan pengalaman ketika mereka kecil.
Ada juga bertanya cara makan gula-gula biji sawit
Difahamkan cara memakan gula-gula biji sawit ini dengan menghisap biji tersebut sehingga tinggal sabut.
Korang pernah tak rasa gula-gula biji sawit ni?