Begitu syulit lupakan..rehan.. mesti lagu viral TikTok ni terngiang-ngiang di dalam pikiran korang, kan? Kemungkinan besar, korang telah terkena penyakit earworm. Fenomena ini terjadi saat korang terjumpa lagu yang cukup catchy hingga melekat dalam memori.
Apa itu earworm?
Earworm merupakan istilah yang digunakan pada sebuah sindrom obsesi musik atau Stuck Song Syndrome (SSS). Fenomena ini terjadi akibat korteks pendengaran dalam otak.
Baca juga: Makan Telur Berlebihan Tidak Baik Untuk Kesihatan?
Kajian oleh ahli psikologi muzik Kelly Jakubowski mendapati bahawa earworm biasanya terjadi apabila individu memasang lagu yang mempunyai melodi yang agak catchy dan mudah diingati.
Malah, sebarang lagu yang menarik boleh membuat fenomena itu tercetus. Tak percaya cuba putarkan lagu kegemaran anda berulang kali untuk mesti lagu itu akan melekat di minda.
Adakah earworm membahayakan kesihatan?
Untuk pengetahuan anda, earworm boleh menyebabkan insomnia. Walau bagaimanapun, sindrom itu tidak dianggap berbahaya dalam kebanyakan kes, earworm digambarkan sebagai neutral atau menyenangkan. Kerana ia dianggap sebagai sebahagian daripada proses kreatif otak.
Namun, bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental atau keadaan neurologi lain, earworm kadangkala boleh menyebabkan tekanan atau obsesi dalam kes yang jarang berlaku. Earworm boleh menyebabkan serangan migrain dan epilepsi.
Cara atasi sindrom earworm
Jika lagu itu berulang kali dinyanyikan oleh anda, ia pasti akan menjengkelkan rakan korang dan mungkin korang nak berhenti menyanyi lagu tersebut.
Berikut ialah beberapa cara untuk menghentikan lagu yang menjengkelkan yang hidup tanpa sewa di kepala anda.
Dengarkan keseluruhan lagu
Earworm biasanya serpihan kecil lagu atau jingle yang diulang berulang kali. Biasanya, korang akan ingat lagu itu pada bahagian korus atau refrain.
Untuk menghilangkan earworm korang boleh mendengar keseluruhan lagu untuk menghilangkan sesetengah rangkap lagu.
Dengar lagu kegemaran lain
Malah, korang boleh cuba dengar lagu yang korang suka untuk dijadikan sebagai ‘penawar’. Penyelidikan mencadangkan bahawa sesetengah subjek menggunakan lagu kesukaan sebagai ‘persaing’ untuk mengawal earworm mereka.
Namun, kes yang jarang berlaku, ia menjadi satu lagi earworm tetapi subjek lebih suka lagu penawar lebih baik daripada earworm sebelumnya.
Abaikan sahaja
Selalunya, orang ramai tidak kisah dengan earworm kerana biasanya hilang selepas beberapa hari.
Satu kajian juga mencadangkan bahawa hanya peratusan kecil cacing telinga yang mengganggu aktiviti harian orang ramai, dan penyelidikan lain juga mengaitkan bahawa earworm terjadi apabila sedang tenang atau gembira kerana Ia lebih kerap berlaku dengan lagu kegemaran, dan bukannya lagu yang tidak disukai.
Jadi, apabila anda mempunyai penyakit earworm, nikmati saja selagi ia masih ada.
Sumber: health harvard, Samitivejhospital