Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Bersempena Pertabalan Agong

Seperti umum tahu, setiap Majlis Pertabalan Agong yang berlangsung BNM akan mengeluarkan satu syiling khas sebagai tanda peringatan akan pertabalan tersebut.

Bersempena dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 itu, Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, mengumumkan pengeluaran syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai, 2024.

Menurut bank pusat itu, syiling peringatan itu dikeluarkan dalam tiga denominasi iaitu syiling peringatan emas (pruf), syiling peringatan perak sterling (pruf) dan syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Syiling belakang Sultan Ibrahim. Sumber: BNM

Nilai muka dan harga jualan adalah seperti berikut:

Sebanyak 5,000 keping telah ditempa

Syiling emas

  • Nilai muka: RM100
  • Harga jualan: RM3,250
  • Sebanyak 300 keping telah ditempah

Syiling perak sterling

  • Nilai muka: RM10
  • Harga jualan: RM275
  • Sebanyak 1,300 keping telah ditempah

Syiling emas Nordic

  • Nilai muka: RM1
  • Harga jualan: RM16.50

BNM menjelaskan, bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling emas (pruf), satu keping duit syiling perak sterling (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai jam 11 pagi, 2 Oktober 2024 hingga jam 11 malam pada 13 Oktober 2024.

Total
0
Shares
Related Posts