Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Kronologi Kes Pembunuhan Zayn Rayyan

Tahun Lepas, Negara digemparkan dengan kehilangan dan kematian adik Zayn Rayyan pada Disember tahun lalu.

Berikut adalah kronologi peristiwa yang membawa kepada tuduhan tersebut:

5 Disember 2023:

  • Ibu Zayn Rayyan berkongsi kisah kehilangan anaknya di Damansara Damai di Facebook.

6 Disember 2023:

  • Mayatnya ditemui berhampiran sungai kira-kira 200m dari rumahnya di Pangsapuri Idaman.
  • Bedah siasat menunjukkan kecederaan di leher dan badannya, membawa kepada kesimpulan bahawa dia telah dibunuh. Terdapat juga kecederaan “defensive wound“.
  • Polis menjalankan saringan DNA secara besar-besaran, sebanyak 228 sampel dikumpulkan. Saksi, termasuk mereka yang mendakwa kali terakhir melihat Zayn masih hidup, dibawa ke tempat kejadian untuk membantu siasatan.
  • Kes diklasifikasikan polis sebagai kematian mengejut.

6 Februari 2024

  • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor menawarkan ganjaran RM20,000 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat dan membantu polis mencari suspek pembunuhan dalam kes itu.

21 Mac 2024

  • Polis nafi lambat bertindak dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tegaskan polis berusaha sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang.

31 Mei 2024

  • Ibu bapa Zayn, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf, ditahan di Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

1 Jun 2024

  • Ibu bapa Zayn direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

4 Jun 2024

  • Peguam keluarga Mahmud Jumaat memutuskan untuk menarik diri daripada kes atas sebab yang tidak dinyatakan selepas pertemuan dengan datuk dan nenek Zayn sehari sebelumnya. Dia mendoakan kesejahteraan keluarga. Keluarga itu melantik peguam baharu Fahmi Moin daripada Tetuan Emir Mahmud & Co.

7 Jun 2024

  • Reman Ibu bapa Zayn dilanjutkan enam hari lagi kerana polis mendapati terdapat percanggahan antara kenyataan ibu bapa dan saksi.
  • Bapa Zayn, Zaim Ikhwan, mendakwa dia telah dianiaya dan itu semua adalah fitnah. Ahli media tidak dibenarkan mengikuti prosiding kerana kes itu masih dalam peringkat permohonan siasatan.

11 Jun 2024

  • Ibu Zayn telah dibawa ke rumahnya di Pangsapuri Idaman untuk melakonkan semula keadaan sekitar kehilangan anaknya sehingga mayatnya ditemui.
  • Mahmud Jumaat menjelaskan di Facebook bahawa walaupun dia tidak lagi mewakili kedua-dua ibu bapa Zayn, dia masih mewakili ibu Zayn.

12 Jun 2024

  • Polis menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan sekitar jam 2.30 petang untuk membantu siasatan.
  • Peguam Mahmud Jumaat dan Fahmi Abdul Moin menjelaskan mereka tidak lewat ke mahkamah tetapi tidak dimaklumkan mengenai prosiding tertutup dengan ibu bapa Zayn.
  • Mahkamah Majistret merekodkan bantahan oleh peguam yang mewakili ibu bapa Zayn. Bantahan itu dibuat di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan berikutan permohonan yang difailkan oleh polis untuk mendapatkan pengakuan bersalah daripada ibu Zayn.

13 Jun 2024

  • Reman ibu bapa Zayn tamat. Datuk dan nenek itu dijangka dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ibu bapa itu didakwa atas kesalahan cuai di Mahkamah Seksyen.
Total
0
Shares
Related Posts