Gempa bumi berukuran 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah tengah Turki, Konya pada Selasa, lapor agensi bencana negara itu.
Gempa bumi yang berlaku pada 6.08 petang waktu tempatan (1508 GMT) berpusat pada kedalaman 7.24 km di daerah Selcuklu, kata Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan.
Sementara itu di Addis Ababa, gempa bumi dengan magnitud 5.6 menggegarkan tenggara ibu kota Eritrea, Asmara pada petang Selasa, kata pihak berkuasa. Gempa pada kedalaman 10 km itu berlaku pada 8.15 malam waktu tempatan (1715 GMT), kata Menteri Penerangan Eritrea Yemane Meskel.
Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa.
Sumber: Bernama