Platform media paling superb! Penuh fakta menarik & trending terkini

Menarik! Taman Rekreasi Di KL Mempunyai Night Zoo

Ingat Night Zoo Ada Dekat Zoo Taiping Je

Bosan asyik jalan tempat sama. Tengah cari idea untuk dating atau membuat aktiviti keluarga yang menyeronokkan di Kuala Lumpur? Apa kata korang pergi 99 Wonderland park. Taman rekreasi yang cantik di waktu malam dengan banyak haiwan seperti berada di ZOO!

Untuk makluman korang, 99 Wonderland Park terletak di Tasik Sri Murni, Selayang menampilkan pelbagai tarikan daripada haiwan comel, menaiki bot kayuh sehingga lampu LED berwarna-warni serta mempunyai pertunjukan air pancut muzikal.

Bukan itu sahaja, Korang juga boleh memberi makanan kepada haiwan haiwan yang berada dalam 99 Wonderland park

Ada pelbagai jenis haiwan tau! Apa yang lebih menarik beberapa jenis haiwan dibiarkan bebas untuk berinteraksi dengan pengunjung.

Walau bagaimanapun, harga tiket dipisahkan kepada dua sesi iaitu sesi petang berharga RM40 kepada dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Pada sesi malam pula tiket berharga RM45 dan RM25 untuk kanak-kanak.

Kalau korang melawat 99 Wonderland Park pada waktu malam. Pastikan korang nikmati pertunjukan air pancut muzikal dan tangkap gambar dengan banyak sebelum balik!

Kredit gambar: 99 Wonderland Park

Total
0
Shares