tahukah anda bahawa pingat emas di Sukan Olimpik Paris hanya bernilai AS$950 (RM4,250)?
Menurut artikel oleh Forbes Australia, pingat emas yang diberikan pada Olimpik Paris itu berkemungkinan merupakan pingat termahal dalam sejarah temasya itu, terutamanya kerana harga emas yang mahal.
Ia melepasi rekod harga pingat emas yang bernilai AS$708 untuk Sukan Olimpik London 2012.
Forbes Australia menjelaskan pingat emas Olimpik seberat 529 gram, dengan lebih daripada 95.4 peratus pingat sebenarnya diperbuat daripada perak (505 gram).
Difahamkan hanya enam gram emas tulen yang digunakan sebagai penyaduran pingat.
Baca Juga: Sukan Olimpik Bermula Sebagai Perayaan Orang Yunani?
Sementara itu, pingat perak seberat 525 gram, dengan 507 gram diperbuat daripada perak dan 18 gram besi.
Nilainya, berdasarkan harga untuk perak dan besi pada 24 Julai adalah lebih kurang AS$486 (RM2,174).
Pingat gangsa seberat 455 gram dan terdiri daripada 415.15 gram tembaga, 21.85 gram zink, dan 18 gram besi. Nilainya pula adalah lebih kurang AS$13 (RM58).
Menariknya, kesemua 18 gram besi yang digunakan untuk menghasilkan pingat tersebut berasal dari Menara Eiffel.
Untuk pengetahuan anda, kali terakhir pingat dibuat sepenuhnya daripada emas adalah pada tahun 1912.
Pingat emas tulen dikatakan berukuran 85 milimeter lebar dan 9.2 milimeter tebal dan nilainya pada harini kira-kira $41,161.50 (RM183,405.35).