fakta

MARI MENGENAL

BAHASA-BAHASA

DI ASIA TENGGARA

By: Cendool Durian

Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Penggunaan bahasa melayu digunakan untuk berkomunikasi walau berlainan bangsa. Menariknya, Singapura mempunyai empat bahasa rasmi iaitu bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan Melayu

Malaysia, Indonesia, Brunei & Singapura

fakta

Myanmar menggunakan bahasa burma sebagai bahasa kebangsaan mereka. Menariknya, bahasa burma dikatakan sama dengan bahasa Mandarin kerana dari kumpulan bahasa yang sama iaitu Sino-Tibetan. Walau bagaimanapun, Myanmar juga mempunyai beberapa bahasa lokal iaitu Kachin, Kayah, Karen, Chin, Mon, Rakhine dan Shan.

Myanmar

fakta

Thailand menggunakan bahasa Thai sementara Laos menggunakan bahasa Lao sebagai bahasa kebangsaan. Kedua bahasa ini datang daripada kumpulan bahasa yang sama iaitu Kra-Dai. Disebabkan bahasa kedua-dua negara ini dari kumpulan bahasa yang sama. Rakyat Thailand dan Laos boleh bertutur tanpa memerlukan bahasa penghubung.

Thailand & Laos

fakta

Vietnam menggunakan bahasa Vietnam dan Kemboja menggunakan bahasa Khmer sebagai bahasa kebangsaan mereka. Walaupun kedua-dua bahasa itu dari kumpulan bahasa yang sama. Mereka  tidak memahami antara satu sama lain ketika bertutur.

Vietnam & Kemboja

fakta

Filipina menggunakan bahasa filipino dan bahasa Inggris sebagai bahasa kebangsaan mereka.  Untuk pengetahuan anda, bahasa Filipino merupakan pembakuan dari bahasa Tagalog yang juga berasal dari bahasa Austronesia seperti Melayu dan Indonesia. Walau dari rumpun Austronesia, orang Filipina tidak faham akan bahasa Melayu,

Filipina

fakta

Timor Leste menggunakan bahasa Portugis dan Tetum sebagai bahasa rasmi negara mereka. Disebabkan dahulu Timor Leste diserapkan dibawah negara Indonesia. Orang Timor Leste juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

Timor Leste

fakta